KHASIAT BUAH INI SEMAKIN DILUPAKAN...
Berapa ramai yang tahu nama buah ini?Boleh angkat tangan
🙋. Saya yakin ramai yang langsung tidak mengenali buah ini terutama generasi muda.
Buah ini adalah agen pencuci natural yang selamat digunakan.Sebagai pembuat produk skincare saya menggunakan buah lerak dalam beberapa ramuan saya sebagai agen pencuci yang lembut.
Buah lerak mempunyai saponin yang bertindak menghasilkan buih sekaligus menjadi pencuci yang natural.
Khasiat buah lerak, boleh digunakan untuk mencuci batik, mencuci kain, mencuci emas yang telah pudar. Boleh digunakan sebagai pencuci muka, shampoo kerana ianya selamat.
Dari segi tekstur rasa ianya kelat-kelat pahit.Harganya jika di kedai-kedai yang bertaraf pasaraya agak mahal tapi sekiranya anda beli di kedai-kedai india harganya jauh lebih murah.Cuma saja packaging komersialnya kurang menarik.

Comments
Post a Comment