MENAMATKAN PERKHIDMATAN SEBAGAI PENJAWAT AWAM
Setelah 10 tahun berkhidmat menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan, akhirnya saya nekad untuk meletakkan jawatan. Bukan mudah sebenarnya nak buat keputusan berhenti. Ye lah, dah 10 tahun kita pun dah sebati dengan kerja tu cuma saya merasakan cukuplah sampai disini saja saya berada dalam sektor penjawat awam.
Masa nak berhenti tu banyak jugaklah google macamana nak berhenti apa yang perlu dibuat. Jadi di sini saya akan sediakn sedikit info kepada sesiapa yang ingin meletakkan jawatan berdasarkan pengalaman saya. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu.
PASTIKAN CLEAR SEMUA LOAN DENGAN KERAJAAN.
Ini sangat penting, sebelum meletakkan jawatan anda perlu memastikan anda tidak berhutang dengan kerajaan sebagai contoh dengan pinjaman perumahan.
Jika anda mempunyai hutang dengan perumahan apa yang perlu anda lakukan ialah samada menyelesaikan keseluruhan baki hutang tersebut. LPPSA tidak menerima bayaran ansuran, dan sejurus anda berhenti kadar interest akan meningkat.
Apa yang perlu anda buat ialah sebelum berhenti, anda boleh membuat pemindahan/cagar loan kepada bank. Jadi semasa berhenti anda sudah tidak terikat lagi dengan loan perumahan. Pastikan juga kontrak bank yang anda mahu buat pemindahan loan kerana ada sesetengah bank yang menaikkan interest sekiranya anda bukan lagi berada di sektor kerajaan.
Jika tidak dapat berbuat demikian, anda perlu menjual hartanah anda untuk melangsaikan hutang anda dengan LPPSA. Jika ada pasangan anda yang masih berkhidmat di sektor kerajaan anda boleh memindahkan loan tersebut kepada pasangan anda sekiranya layak.
Jika anda berhenti dari pekerjaaan anda dan berpindah ke sektor lain tetapi dalam perkhidmatan kerajaan anda hanya perlu memaklumkan ke LPPSA dan mereka akan guide anda untuk urusan selanjutnya. Biasanya tak de masalah sangat.
PERMOHONAN KEPADA KETUA JABATAN.
Anda boleh mengajukan permohonan kepada ketua jabatan anda, untuk mengetahui format surat permohonan anda boleh meminta kerani perkhidmatan untuk memberikan formatnya. Jika tidak cukup jika anda membuat surat rasmi biasa yang ditujukan kepada jabatan masing-masing dan tujuan perletakan jawatan.(biasa kerani akan edit semula). Biasanya ketua jabatan akan menyoal anda bersungguh-sungguh sebab anda meletakkan jawatan.(biasalah anda perlu bersedia je nanti ketua jabatan akan tanya dah fikir masak-masak ke).
Perlu berbincang dengan kerani perkhidmatan tentang tarikh notis anda berlaku. Anda nanti akan mengisi borang maklumat anda tetang pinjaman perumahan jika ada. Jika tiada sebenarnya urusan lebih mudah. Tarikh notis biasanya sebulan. Jika anda beri notis 24 jam anda perlu membayar balik sebulan gaji anda.(Biasa kerani dah buat siap-siap gaji).
Disini saya sediakan salinan lampiran C dan LAMPIRAN P&K-LJ/97. https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5424277687910570694#editor/target=post;postID=8049428035205816401;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=1;src=postname
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5424277687910570694#editor/target=post;postID=2595390570420059177;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=0;src=postname
Anda juga perlu mengisi borang pemberhentian cukai LHDN, kalau buat awal jabatan akan tolong hantar jika tidak kena hantar sendiri.
NOTA SERAH TUGAS
Pastikan semua kerja anda beres sebelum menamatkan perkhidmatan. Kerja kita tanggungjawab kita melainkan anda beri notis 24 jam. Anda perlu mengisi nota serah tugas dan dihantar ke ketua jabatan.
Ini saja dulu yang dapat saya kongsikan...

Comments
Post a Comment